Tuesday, September 11, 2012

Pneumatic Low Pressure Simple Alarm System

- Untuk pengesanan low pressure, litar akan menggunakan pressure gauge with  switch contact.
- Boleh juga menggunakan pressure switch sahaja (mengikut kesesuaian/bajet).
- Apabila pressure smpai ke takat yang telah diselaraskan, contact NO/NC akan diaktifkan dan seterusnya memberi kuasa (DC battery) kepada buzzer/alarm.
- Contoh pressure gauge with contact switch disini.

Thursday, April 19, 2012

Auto-Start Power Generator Rev 0

- Generator AC ada 3 jenis (yang biasa digunakan). 1, pull start + manual throttle, 2, pull start + auto throttle, 3, starter (battery) + auto throttle.
- Dengan menggunakan generator dari jenis starter + auto throttle, ianya boleh diubahsuai kepada auto-start apabila berlaku blackout.
- Dengan menggunakan asas daripada blackout siren dan dengan penambahan timer, sedikit modifikasi memungkinkan untuk menjadikan auto-start generator.
- Post ini adalah sebagai idea, design akan menyusul kemudian.

Monday, April 2, 2012

Emergency Blackout Siren Rev 1

Penerangan:-
- Diubah daripada menggunakan bateri DC kepada UPS (Uninterruptible Power Supply).
- Flashing light boleh ditambah kepada litar ini tetapi mestilah dari jenis AC.
- Kos, Siren (RM50) + UPS (RM180) + Relay (RM30) + Pemasangan dan lain-lain (RM40) = RM300.

Gambarajah:-

Thursday, March 22, 2012

Emergency Blackout Siren + Flashing Light

Penerangan:-
- Bayangkan anda sedang tidur dengan nyenyak dan sebagai contoh, anda ada sebuah akuarium yang mempunyai ikan yang mahal, dan anda takut jika berlaku 'blackout' atau elektrik terputus, ikan anda mati disebabkan pam air tidak dapat berfungsi dan tidak dapat membekalkan oksigen.
- Dengan menggunakan bateri 12V, 'relay', siren dan 'flashing light', anda boleh membuat satu sistem untuk membangunkan anda dari mimpi tersebut.
- Walaupun bateri anda tidak menggunakan 'auto-charger', tetapi dengan kapasiti yang besar (saya menggunakan bateri 12V 7.0Ah), sistem ini mampu bertahan sehingga 2 tahun +/- tanpa perlu dicas.
- Sistem ini boleh diubahsuai dengan menambah 'auto-charger' supaya bateri boleh tahan lebih lama.
- Kebiasaannya 'blackout' tidak lama. Berdasarkan pengalaman, jika kes biasa lebih kurang 1 jam dan jika berlaku kes berkaitan pencawang dalam lingkungan 3-4 jam dan paling teruk jika 'blackout' meliputi satu kawasan yang besar boleh menjangkau sehingga 6 jam dan lebih jika punca masalah lambat dijumpai.
- Dengan anggaran sekali 'blackout' sebulan atau 12 kali setahun dan setiap kali 'blackout' alat berfungsi selama kurang 5 minit untuk mengejutkan pengguna.

Gambarajah:-