Sunday, January 22, 2017

Rekabentuk Projek

Saya menyarankan anda belajar 3d printing. Ini mampu memberi tambah nilai kepada projek anda. Sekarang pelbagai tutorial dan contoh kod/program boleh diperolehi di internet. Namun begitu, saya perhatikan antara yang membuatkan projek-projek tidak bernilai adalah rekabentuk projek. Walaupun projek boleh dikatakan berjalan lancar, tapi untuk lebih menarik minat pembeli, rekabentuk juga perlu dititikberatkan.

Boleh diperhatikan trend pasaran sekarang kepada sesuatu yang portable, mudah alih, ringan, kecil dan sebagainya. Solar, GSM/GPRS, Wifi, built-in battery, built-in battery charger, sleep function dan lain-lain fungsi dan tambahan hardware yang mampu menjadikan projek anda lebih mempunyai nilai komersil.

Tidak dinafikan pelbagai projek pelajar di universiti, politeknik dan institut kemahiran mempunyai nilai yang tersendiri. Namun perlu diingatkan, dalam dunia yang serba moden ini, untuk kita memasuki pasaran sekarang adalah sangat susah kerana biasanya saya perhatikan, pelbagai projek boleh dibeli terus dari China.

Untuk itu, jadikan rekabentuk kita ekslusif, user-friendly, portable, lightweight, small, ia mampu menarik perhatian penilai, dan tak lupa juga mungkin berpotensi untuk dipasarkan. Sekian.

Data Logging

Data logging bermaksud apa-apa data yang diterima, direkodkan. Sebagai contoh, kita membuat satu alat bacaan suhu, termometer. Biasanya kita hanya dapatkan suhu semasa sahaja, kemudian kita akan rekodkan secara manual, tulis pada kertas, atau rekod dalam text document, word document dan sebagainya.

Kemudian, data logging tersebut dipermudahkan kepada auto logging terus pada satu fail dalam SD Card, biasanya.

Kemudian yang terbaru, hanya hantar bacaan terkini sensor ke laman web tertentu (platform IoT), kemudian laman web tersebut akan terus memaparkan rekod-rekod bacaan kita dalam bentuk jadual atau graf dan sebagainya.

Saya menyarankan tuan puan melawat laman web https://thingspeak.com/ dimana tuan puan boleh membuat satu alat yang terus menghantar bacaan terkini ke ThingSpeak dan kemudian ThingSpeak akan terus merekodkan bacaan tersebut dan terus boleh dipaparkan dalam bentuk graf.

Selain menghantar data terkini ke ThingSpeak, pengguna juga boleh membaca data-data yang telah dihantar ke ThingSpeak tersebut melalui aplikasi yang dibangunkan sendiri atau pelbagai pilihan aplikasi di laman web ThingSpeak sendiri.

Mungkin anda boleh update data dari alat anda melalui Wifi, atau terus menggunakan GSM/GRPS, lagi portable kan?