Sunday, January 22, 2017

Rekabentuk Projek

Saya menyarankan anda belajar 3d printing. Ini mampu memberi tambah nilai kepada projek anda. Sekarang pelbagai tutorial dan contoh kod/program boleh diperolehi di internet. Namun begitu, saya perhatikan antara yang membuatkan projek-projek tidak bernilai adalah rekabentuk projek. Walaupun projek boleh dikatakan berjalan lancar, tapi untuk lebih menarik minat pembeli, rekabentuk juga perlu dititikberatkan.

Boleh diperhatikan trend pasaran sekarang kepada sesuatu yang portable, mudah alih, ringan, kecil dan sebagainya. Solar, GSM/GPRS, Wifi, built-in battery, built-in battery charger, sleep function dan lain-lain fungsi dan tambahan hardware yang mampu menjadikan projek anda lebih mempunyai nilai komersil.

Tidak dinafikan pelbagai projek pelajar di universiti, politeknik dan institut kemahiran mempunyai nilai yang tersendiri. Namun perlu diingatkan, dalam dunia yang serba moden ini, untuk kita memasuki pasaran sekarang adalah sangat susah kerana biasanya saya perhatikan, pelbagai projek boleh dibeli terus dari China.

Untuk itu, jadikan rekabentuk kita ekslusif, user-friendly, portable, lightweight, small, ia mampu menarik perhatian penilai, dan tak lupa juga mungkin berpotensi untuk dipasarkan. Sekian.

Data Logging

Data logging bermaksud apa-apa data yang diterima, direkodkan. Sebagai contoh, kita membuat satu alat bacaan suhu, termometer. Biasanya kita hanya dapatkan suhu semasa sahaja, kemudian kita akan rekodkan secara manual, tulis pada kertas, atau rekod dalam text document, word document dan sebagainya.

Kemudian, data logging tersebut dipermudahkan kepada auto logging terus pada satu fail dalam SD Card, biasanya.

Kemudian yang terbaru, hanya hantar bacaan terkini sensor ke laman web tertentu (platform IoT), kemudian laman web tersebut akan terus memaparkan rekod-rekod bacaan kita dalam bentuk jadual atau graf dan sebagainya.

Saya menyarankan tuan puan melawat laman web https://thingspeak.com/ dimana tuan puan boleh membuat satu alat yang terus menghantar bacaan terkini ke ThingSpeak dan kemudian ThingSpeak akan terus merekodkan bacaan tersebut dan terus boleh dipaparkan dalam bentuk graf.

Selain menghantar data terkini ke ThingSpeak, pengguna juga boleh membaca data-data yang telah dihantar ke ThingSpeak tersebut melalui aplikasi yang dibangunkan sendiri atau pelbagai pilihan aplikasi di laman web ThingSpeak sendiri.

Mungkin anda boleh update data dari alat anda melalui Wifi, atau terus menggunakan GSM/GRPS, lagi portable kan?

Tuesday, June 21, 2016

Pemilihan Main Board Arduino

Untuk penggunaan microcontoller dari jenis Arduino, antara kriteria awal pemilihan Main Board Arduino adalah:-

1. Bilangan pin Digital yang hendak digunakan.
2. Bilangan pin Analog yang hendak digunakan.
3. Bilangan UART pin yang hendak digunakan.
4. Adakah Arduino Shield yang akan digunakan adalah compatible untuk Main Board tersebut ataupun tidak.
5. Harga yang berpatutan dengan keperluan.

Tiga jenis Main Board yang senang digunakan dan mempunyai pelbagai Arduino Shield yang sesuai dengan kebanyakan projek yang saya buat adalah:-

1. Arduino Uno
2. Arduino Mega
3. Arduino Nano

Sekarang terdapat pelbagai jenis Arduino Main Board samada dari original manufacturer (Italy) atau pun compatible dari pengeluar/pengilang lain, terutamanya dari China. Cip untuk sambungan ke PC (UART, Serial Monitor) pada Arduino Uno, Mega dan Nano dari pengeluar China biasanya digantikan dengan model CH340. Pengalaman saya, dua Arduino Uno yang menggunakan CH340 (board berwarna kuning) tidak tahan lasak berbanding Arduno Nano yang menggunakan cip CH340. Tidak dapat dipastikan sebab yang munasabah atas masalah yang dihadapi tersebut. Kebanyakan Main Board untuk Arduino Nano, saya beli dari pengeluar China yang menggunakan CH340, lebih murah, terdapat sedikit masalah semasa sambungan untuk Upload dari Arduino IDE (cuma perlu cabut dan pasang kembali USB port atau tekan butang Reset pada board Arduino Nano tersebut) atau untuk penggunaan Serial Monitor/UART ke PC, tetapi keseluruhannya saya merasakan ianya masih lagi berbaloi.

Sekian untuk post kali ini.

Thursday, October 1, 2015

Projek Mekatronik Berkaitan Pertanian

Saya ada menerima e-mail yang bertanyakan tentang projek berkaitan pertanian. Terdapat pelbagai produk di pasaran sekarang yang telah menggunapakai mekatronik sama ada untuk monitoring atau controlling. Sebagai mukadimah untuk tajuk ini, boleh search/google keyword:-

1. Akuaponik
2. Fertigasi
3. Weather station
4. Indoor garden
5. Solar tracking
6. Water pump control
7. Soil moisture
8. Humidity

In sha Allah saya akan kongsikan dengan lebih lanjut lagi pada masa akan datang. Sekian.

Saturday, September 27, 2014

Idea Untuk Tajuk Projek Tahun Akhir (Final Year Project)

- Perhatikan sekeliling anda. Jika ada sebarang alat atau perlakuan yang mungkin boleh dinaik taraf daripada manual kepada semi-auto atau auto.
- Perhatikan kerja seharian anda. Bayangkan alatan atau device yang akan membantu memudahkan kerja anda.
- Perhatikan tempat kerja anda, jika ada sebarang sistem (monitoring, control) yang akan membantu meningkatkan prestasi kerja anda.

Auto-Start Power Generator Rev 1

- Cuba perhatikan generator yang dihidupkan menggunakan starter dan mempunyai auto-throttle. Anda akan menggunakan kunci, pusingkan kunci sehingga enjin dihidupkan. Idea saya untuk permulaan ini, adalah dengan menggantikan suis / kunci tersebut dengan relay contact dimana apabila berlaku blackout, timer yang pertama akan dihidupkan dulu kerana kadangkala gangguan elektrik terputus sementara hanya beberapa minit sahaja. Jika dalam beberapa minit itu elektrik masih lagi terputus, maka relay pertama akan dihidupkan dan seterusnya menghidupkan starter. Starter akan dihidupkan sehingga enjin telah hidup dan stabil (mungkin untuk beberapa saat sahaja jika enjin tiada masalah).
- Apabila enjin telah hidup dan stabil, timer kedua akan dihidupkan. Timer kedua ini mungkin boleh digunakan untuk menukarkan bekalan elektrik daripada TNB kepada generator.
- Kongsi idea dan maklumbalas anda di ruangan komen supaya idea ini boleh diperbaiki dan diharap dapat membantu lebih ramai pihak.
- Anda juga boleh memberi idea dan saya akan cuba membantu.

Tuesday, September 11, 2012

Pneumatic Low Pressure Simple Alarm System

- Untuk pengesanan low pressure, litar akan menggunakan pressure gauge with  switch contact.
- Boleh juga menggunakan pressure switch sahaja (mengikut kesesuaian/bajet).
- Apabila pressure smpai ke takat yang telah diselaraskan, contact NO/NC akan diaktifkan dan seterusnya memberi kuasa (DC battery) kepada buzzer/alarm.
- Contoh pressure gauge with contact switch disini.