Tuesday, June 21, 2016

Pemilihan Main Board Arduino

Untuk penggunaan microcontoller dari jenis Arduino, antara kriteria awal pemilihan Main Board Arduino adalah:-

1. Bilangan pin Digital yang hendak digunakan.
2. Bilangan pin Analog yang hendak digunakan.
3. Bilangan UART pin yang hendak digunakan.
4. Adakah Arduino Shield yang akan digunakan adalah compatible untuk Main Board tersebut ataupun tidak.
5. Harga yang berpatutan dengan keperluan.

Tiga jenis Main Board yang senang digunakan dan mempunyai pelbagai Arduino Shield yang sesuai dengan kebanyakan projek yang saya buat adalah:-

1. Arduino Uno
2. Arduino Mega
3. Arduino Nano

Sekarang terdapat pelbagai jenis Arduino Main Board samada dari original manufacturer (Italy) atau pun compatible dari pengeluar/pengilang lain, terutamanya dari China. Cip untuk sambungan ke PC (UART, Serial Monitor) pada Arduino Uno, Mega dan Nano dari pengeluar China biasanya digantikan dengan model CH340. Pengalaman saya, dua Arduino Uno yang menggunakan CH340 (board berwarna kuning) tidak tahan lasak berbanding Arduno Nano yang menggunakan cip CH340. Tidak dapat dipastikan sebab yang munasabah atas masalah yang dihadapi tersebut. Kebanyakan Main Board untuk Arduino Nano, saya beli dari pengeluar China yang menggunakan CH340, lebih murah, terdapat sedikit masalah semasa sambungan untuk Upload dari Arduino IDE (cuma perlu cabut dan pasang kembali USB port atau tekan butang Reset pada board Arduino Nano tersebut) atau untuk penggunaan Serial Monitor/UART ke PC, tetapi keseluruhannya saya merasakan ianya masih lagi berbaloi.

Sekian untuk post kali ini.

No comments:

Post a Comment